Wednesday, March 19, 2014

Menjiwai France

Salam 'Alaykoom (Egyptian's style)

Aku cinta bahasa dan aku semacam ada satu rasa yang never fail to give me rasa semangat untuk belajar bahasa asing,bahasa bangsa lain,bahasa dunia.

Tbh,dulu time upper form,English aku berterabur,Arab aku tak pandai and aku tak yakin untuk dapat straight A's.But miracles happen everyday.Dengan izin Allah I got myself straight A's.Termasuklah anugerah best student sekolah (tak lah best mana pun act).

Sekarang Allah izinkan aku sekali lagi,bina masa depan,create positive life.Aku sekarang sedang dalam level ke-2 dalam journey menjiwai Monsieur dan Madame de Français.Aku suka France,Français dan Paris.Ibarat menjiwai setiap saat-saat indah berjalan ditepi Sungai Nil dimalam winter,sebegitulah.Indah!



Monsieur Helmi (My lecturer) semalam mintak aku baca satu cerita.

"Les Chambres" and "La salle de bains".Cerita tentang La petite Hélène yang sangat talkative menerima tetamu M.Vincent et Mme.Vincent. Hélène sangat banyak cakap sebab berjumpa dengan tetamunya dari kota Paris.

Aku baca dan translate setiap petikan demi petikan.Menjiwai suasana mereka bersama tetamu,apabila Mme. Vincent menghidangkan "Vin de France" sejenis minuman anggur yang terkenal di France dan ketika Mme memarahi  Hélène  yang banyak cakap " Hélène,tu es trop bavarde!".Unik dan aku suka.

M.Helmi puji bacaan dan translation aku "Très Bien! good pronunciation".



And I was like huwaaaa.Tak sia-sia bukak Youtube belajar cara sebut French yang betul even selalu give up.Hehe.

Lepas selesai first degree aku kat Mesir nanti,aku ada plan nak sambung study kat France.Tak lama,maybe for a year.Just to make sure I can speak French fluently and make some friends kat sana.InsyaAllah,doakan saya ye.

French ini unik.Sebutannya indah,huruf 'R'-nya sangat pelat,huruf 'E'-nya terdapat l'accent tersendiri dan ianya menjadi lebih dekat sebab aku study kat kota Cairo,yang menerima pengaruh bahasa Perancis dalam accent ammiah diorang and mostly diorang ni fluent gila cakap French.Bravo!



Kelas yang aku attend ni kelas berbayar.Bukan kelas kat gamaah(universiti) and aku bayar bukan sebab nak belajar semata-mata.Tapi aku bayar untuk masa depan aku,menjadi seorang student first class,seorang anak lelaki yang membanggakan mak dan abah,seorang adik dan abang yang menjadi inspiration kepada dua orang kakak dan dua orang adik.

Dan menjadi wakil negara ke France suatu hari nanti.Poyo haha tapi itulah yang jadikan aku semangat and booster untuk aku belajar bahasa asing 3 days seminggu.Even busy dengan kuliah yang jauh.

Stand out of the rest.Ça suffit pour aujourd-hui et prier pour mon avenir! Merci.

[That's enough for today and do pray for my future,thanks]



Saturday, August 10, 2013

Me and multilanguage.

Nak tulis lah pasal orang-orang yang boleh kuasai banyak bahasa.Yang power lebih dari satu bahasa.English,Arab and lain-lain.

Untuk korang yang bilingual ni,korang dalam group yang paling untung.Ramai kawan-kawan aku dah kuasai English,Mandarin,Arab and tak lupa Korea (haha)

Jangan sempitkan.Bahasa yang korang ada boleh buat korang bebas dari group mainstream.



Tengok pendakwah Youtube Nouman Ali Khan,Dr Zakir Naik,Aiman Azlan,Aishah Shakirah yang menjangkau ekspektasi pendakwah-pendakwah mainstream lain dengan satu kelebihan besar,bahasa.Dakwah jadi more effective.
'If you talk to a man in a language he understands, that goes to his head. If you talk to him in his own language, that goes to his heart.’-Nelson Mandela

Aku jugak prefer untuk parents yang dah ada anak kecil supaya ajar anak-anak dia bahasa lain selain Melayu.

"If you are bilingual,teach your child both languages.It will help your child in the long run"

Semoga lepasni ada pendakwah Melayu yang berdakwah dalam bahasa Korea and French.Kita guna bahasa untuk cari redha Allah.Itulah antara keindahan Islam.


Kerangka prospek mad'u kita akan jadi lebih luas.





Kalau kita master French,peluang untuk berdakwah luas.Macamana? Rasa-rasa nak tak jadi wakil diplomatik kerajaan Malaysia ke Perancis? Peluang dakwah dah tentu lebih banyak untuk kita.Dakwah untuk non-Muslims tak semestinya suruh dia masuk Islam terus,kita boleh tunjukkan akhlak-akhlak Islamiah yang dianjurkan oleh Islam.Selain daripada nasihat-nasihat dakwah yang kita sampaikan sendiri menggunakan bahasa Perancis.How cool kan? 

Study bahasa tak susah bila dah ada basic at least satu bahasa asing.Secara majoritinya kita dah ada English and Arabic.Jadi untuk tambah dua or tiga bahasa lagi,why not kan? 

Btw,saya nak register kelas French tahun depan.Priez pour moi! [Pray for me] 

Saturday, August 3, 2013

People change,memories dont.

Harini tetibe terfikir pasal ayat Al-Quran "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik".

Aku yakin mesti ramai yang still risau macamana nak create future yang baik,dapat pasangan yang soleh/ah,family yang best sedangkan dulu selalu tak baik,tak jaga ikhtilat and lagi and lagi.
Don't worry.Aku bagi contoh,sis Wardina Safiyyah yang pernah ada 'rekod buruk' dalam hidup dia zaman artis dulu.Dia tak pakai tudung and pakaian pun faham jelah.Tapi dia optimis nak berubah.And now,dia dapat family yang super awesome dan dia pun ada conduct usrah mingguan sendiri.

Contoh lain yang kita boleh take as our trigger macam Irma Hasmie,Diana Amir,Abby Abadi and ramai lagi.
"Sometimes the people with the worst past makes the best future" 


"To be judged as what you were is just as unfair as a butterfly being judged while it was a caterpillar" @hlovatesays



Kalau seorang pelacur pun boleh masuk syurga sebab ending dia buat baik kat seekor anjing,kita apatah lagi.So,jom berubah dengan yakin!

Tuesday, February 19, 2013

Spiritto!

Bismillahrirahmanirrahim

Sejak study kat oversea orang ni sangat sangat terasa bila iman naik dan bila iman turun.Dulu masa duduk asrama masa zaman sekolah menengah banyak pengisian.Kat sini still ada tapi bukan semua kita mampu nak grab.

Moment yang paling aku tak suka adalah bila iman turun.Ya Allah seksanya! Seriously.Rasa nak buat apa saja tanpa fikir.Tak suka!

"Sebesar-besar dosa adalah kita melakukan dosa itu saat kita tahu bahawa itu adalah dosa"

Plus kat rumah aku,bilik seorang je memang sangat besaaar cabaran.So selalunya aku selalu terjah je rumah-rumah ikhwah lain nak isi masa.Nasib baik bestfriends.Hehehe

Aku tak suka hidup dalam group orang alim tapi bermaksiat dan aku lebih suka hidup dalam suasana masyarakat yang pelbagai tapi aku tak lakukan maksiat.

"Every night and every day never forget to say La Ila Ha Illa Allah-Mesut Kurtis"

Mohon doa semua.Doakan aku terus thabat dan kuat untuk tempuh hidup disini.Doakan 2nd year aku! :)

Saturday, February 2, 2013

Holiday @ Balteem

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah baru-baru ni dapat peluang pergi holiday kat Balteem.Tak pasti area mana.Tapi yang penting dekat tengah tengah highway besar antara Dumyat dan Alexandria.
Best! Tempat cantik,Penduduk Arab semua nice,Rumah rumah semua cantik.Tempat peranginan kan.




Saturday, January 26, 2013

Strawberry Time.Jyeah!

Bismillahirrahmanirrahim.
Meh nak cerita sikit pasal betapa nice nya duduk kat Mesir ni time winter.Semua benda seronok Alhamdulillah.

Salah satu dari banyak-banyak seronok tu nikmat strawberry ni lah yang paling nice sekali! Murah,sedap,warna dia memang tak tahan dah kan.Tunggu masa nak kunyah je.Hehe



Fyi,strawberry ni harganya satu bekas besar macam dalam gambar tu just LE8 lebih kurang RM4 je kat Malaysia.Sehari je boleh habis.



Ada sekali tu tetiba rasa kreatif nak buat some different.Tapi actually takde lah different sangat pun kot.Hehe Kebetulan lepas jadi musyrif sorang 'bestfriend sampai sorga' a few days ago,dia ada bagi koko crunch and a bottle of strawberry milk (my favourite).Lepastu terus lah terasa nak makan cereal malam malam.Geli geli gituww hehe.So hasilnya ini lah,kombinasi yang menarik tahu!