Wednesday, June 18, 2014

Angan-angan Perancis

Bismillah.

French,voyons!

Aku happy dan bangga dengan diri sendiri.Satu perkara yang aku rasa impossible untuk aku capai,tapi Allah permudahkan aku.Seolah-olah mimpi indah dan aku tersenyum.Kali ni aku dah tamatkan all the 6 levels of my French class!

Bien,c'est parti tout le monde! Masih ingat lagi the very first day of my French class.Belajar huruf-huruf bahasa Perancis,mula dari A ke Z,belajar how to pronounce l'accent huruf é dan beberapa l'accent huruf â dan ô .Ingat juga lagi betapa susahnya menghafal 10 perkataan awal bahasa Perancis dalam masa setengah jam.

La gomme,la chaise,la fleur dan la cravate from feminin (f.) groupe and L'homme,le garçon,le livre dan le banc from masculin (m.) groupe.Ibarat hidup bersama masyarakat Français di kota Cairo setiap kali terbaca perkataan indah tu semua.Kerana menantu yang hebat adalah yang boleh bertutur bahasa French *eceh poyo aku ni hahaha* Je m'en fous hehe.

French di Cairo

And now,welcome to Cairo guys! Selain perangai aku yang suka menghafal Arabic words kat signboard-signboard di الكشك (small shop kat tepi jalan) cafe and pharmacy,aku juga suka tengok signboard of cafe and cake stall yang guna nama Perancis.It helps me alot for improving my french vocabs.Voyons!

La Poire.Kedai kek yang famous di Cairo.
Setiap kali drive kereta atau ride my Benelli menelusuri traffic Cairo,selagi boleh pandang all those French signboards aku akan tengok.Sebabnya lah kan,I tak study kat France jadi kena lah berusaha lebih sikit nak catch up the new vocabs.

La Gourmandise.Madinah 6th October.
Macam yang dah pernah aku tulis pada entri sebelum ni,majoriti Egyptian fasih berbahasa Perancis dan banyak cafe-cafe dan kedai makan diinspirasikan namanya menggunakan nama-nama masyarakat France.Jadi tak pelik kalau tengok nama-nama cafe dengan perkataan La dan Le ataupun maybe Les.

Cerita di French Institute Cairo

Enfin,cerita bersama Madame Zayat El-Noura,seorang journalist di Egyptian Radio & TV Union (ERTU) di French Institute Cairo.Seorang madame yang peramah,hardworking and fasih gilaaaa cakap French.Terinspirasi betul I dengan beliau.

Di depan main gate French Institute.


Tapi aku akan ceritakan pasal Madame Noura di post akan datang insyaAllah.Tranquille guys!

Setakat ini saja untuk post kali ni.InsyaAllah aku akan sambung lagi dengan post "Un Jour a Institut Français".Sehari di French Institute Cairo.Tunggu ya! Jazakkallah guys! Ohh la la.

Wednesday, March 19, 2014

Menjiwai France

Salam 'Alaykoom (Egyptian's style)

Aku cinta bahasa dan aku semacam ada satu rasa yang never fail to give me rasa semangat untuk belajar bahasa asing,bahasa bangsa lain,bahasa dunia.

Tbh,dulu time upper form,English aku berterabur,Arab aku tak pandai and aku tak yakin untuk dapat straight A's.But miracles happen everyday.Dengan izin Allah I got myself straight A's.Termasuklah anugerah best student sekolah (tak lah best mana pun act).

Sekarang Allah izinkan aku sekali lagi,bina masa depan,create positive life.Aku sekarang sedang dalam level ke-2 dalam journey menjiwai Monsieur dan Madame de Français.Aku suka France,Français dan Paris.Ibarat menjiwai setiap saat-saat indah berjalan ditepi Sungai Nil dimalam winter,sebegitulah.Indah!



Monsieur Helmi (My lecturer) semalam mintak aku baca satu cerita.

"Les Chambres" and "La salle de bains".Cerita tentang La petite Hélène yang sangat talkative menerima tetamu M.Vincent et Mme.Vincent. Hélène sangat banyak cakap sebab berjumpa dengan tetamunya dari kota Paris.

Aku baca dan translate setiap petikan demi petikan.Menjiwai suasana mereka bersama tetamu,apabila Mme. Vincent menghidangkan "Vin de France" sejenis minuman anggur yang terkenal di France dan ketika Mme memarahi  Hélène  yang banyak cakap " Hélène,tu es trop bavarde!".Unik dan aku suka.

M.Helmi puji bacaan dan translation aku "Très Bien! good pronunciation".



And I was like huwaaaa.Tak sia-sia bukak Youtube belajar cara sebut French yang betul even selalu give up.Hehe.

Lepas selesai first degree aku kat Mesir nanti,aku ada plan nak sambung study kat France.Tak lama,maybe for a year.Just to make sure I can speak French fluently and make some friends kat sana.InsyaAllah,doakan saya ye.

French ini unik.Sebutannya indah,huruf 'R'-nya sangat pelat,huruf 'E'-nya terdapat l'accent tersendiri dan ianya menjadi lebih dekat sebab aku study kat kota Cairo,yang menerima pengaruh bahasa Perancis dalam accent ammiah diorang and mostly diorang ni fluent gila cakap French.Bravo!



Kelas yang aku attend ni kelas berbayar.Bukan kelas kat gamaah(universiti) and aku bayar bukan sebab nak belajar semata-mata.Tapi aku bayar untuk masa depan aku,menjadi seorang student first class,seorang anak lelaki yang membanggakan mak dan abah,seorang adik dan abang yang menjadi inspiration kepada dua orang kakak dan dua orang adik.

Dan menjadi wakil negara ke France suatu hari nanti.Poyo haha tapi itulah yang jadikan aku semangat and booster untuk aku belajar bahasa asing 3 days seminggu.Even busy dengan kuliah yang jauh.

Stand out of the rest.Ça suffit pour aujourd-hui et prier pour mon avenir! Merci.

[That's enough for today and do pray for my future,thanks]