Sunday, February 12, 2012

Ustaz Ustazah :|

Sedikit perkongsian.Kita salah dalam mengaplikasikan konsep kehidupan.Apa? Konsep pentarbiahan.Ramai orang hebat,ramai orang ade pendidikan tinggi melangit.Tapi ramai juga golongan ini yang silap.Apa yang silap?

Mereka silap dalam menentukan baik buruk mereka sendiri.Contoh terbaik,bukan mengungkit tapi hanya memberi respon.Sekelumit cuma.Jangan risau :)

Dulu ketika saya di sekolah menengah ______ .Majoriti tenaga pengajar layak dipanggil Ustaz.Mereka lulusan Mesir,mereka graduan Pengajian Islam,ada juga Yaman.Tapi hanya beberapa yang betul-betul faham erti tarbiah.

Mereka silap dalam mentarbiah kami.Landasan nafsu mereka guna,mentarbiah kami.Jawatan diberi melonjak-lonjak.Ada yang menjadi Ketua Warden Asrama pun.Tapi yang itulah menjadikan kami memberontak dalam diam.

Mereka hanya tahu apa itu rotan,apa itu tinggi suara dan apa itu bodek Pengetua.Ini benar2 berlaku.Ye,kami memang tahu kami salah.Tapi kenapa ada guru yang boleh menyelesaikan secara berhikmah.Kenapa yang ada kuasa ni tak mampu? sebab tak faham.

Undang2 boleh dibuat sesuka hati.Ye,ingat lagi masa morning call,tiba2 ada peraturan baru yang pasti sebelum itu memang tiada mesyuarat diadakan untuk ini.What the dush dush dush it is?

Kami hanya mampu senyum.Membenarkan.Membangkang silap2 masuk bilik disiplin.Takpelah,waktu itu.Tapi untuk sekarang,apa yang disimpan mesti akan terluah.Dengan janji yang tak ditunai dan macam2 lagi.Rosak -.-"

Saya tak menyalahkan sekolah oke.SEKOLAH TAK SALAH.Takut jadi macam dulu.Yang salah mereka yang tidak faham ini sahaja.Jangan kerana spesis ini yang selalu tunjuk aktif,kami dipersalahkan.

Kami tahu apa baik dan apa buruk.Kami memang tak banyak ilmu lagi.Tapi at least kami bukan lagi pelajar yg boleh dipijak-pijak macam dulu.Sekian :)

No comments: